Blogger Layouts

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Pages

Saturday, November 19, 2011

So Dilemma.... (T_#)

Huuuuuuuu......
DILEMMA.....DILEMMA..........
(T_T)

Sem ni aku tak dpt nak dok KOLEJ KEDIAMAN TUN DR ISMAIL (KKTDI)...
nk dpt kolei2 lain...huuuu mmg HARAPAN la...

nak tunggu keputusan RAYUAN KOLEJ TMN U lak lame lg...
nk dok uma SEWA kat TMN U tu pk kan kos lak...

waaaaaaaaaaaa...confuse....dilemma tol....




Thursday, November 17, 2011

Blueberry Cheese Tart

BLUEBERRY CHEESE TART ni pn aku & kak wati amik dari blog MASAM MANIS..
cara buatnye pn MUDAH & MENYERONOKKAN...
rasa dy plak mmg MARVELOUS...
nyam...nyam..nyam....
kalo mkn...mmg tak igt dunia la...
sedap sgt2....yummy... ^^,

























segala STEPS & BAHAN-BAHAN sume kami ikut gari blog MASAM MANIS tu..
so..
JUST FOLLOW.... ^^,




BAHAN-BAHAN UNTUK CRUST .::


  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Acuan tart
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT CRUST .::



  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

BAHAN-BAHAN UNTUK CHEESE FILLING .::

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

CARA-CARA MEMBUAT CHEESE FILLING .::

  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Masukkan filling ke dalam crust. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

CARA-CARA MEMBUAT BLUEBERRY CHEESE TART


STEP 1













Letakkan Bluberry Filling dalam piping bag dan isikan sedikit ke dlm crust.


STEP 2













Penuhkan crust dgn Cheese Filling


STEP 3













Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.













STEP 4

Bakar selama 5 hingga 8 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.














Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama.
















~ SELAMAT MENCUBA ~

Ayam Goreng Chapchai

hehe disebabkn org kt uma ni takmakan dada ayam..so kne masak can ni la baru dyorg makan..kne potong kecil2 dlu bru nk makan... 
hehe aku pn same la gak.. ^^,

BAHAN-BAHAN .::

  • 3 ketul dada ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 1 biji carrot yg bersaiz kecil (dipotong panjang)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 inci halia (dicincang halus)
  • 3 biji cili padi (dibelah)
  • Sedikit kubis bunga
  • Sedikit cendawan
  • Sedikit jagung muda
  • Sedikit kacang panjang
  • 1/2 sudu kunyit serbuk
  • 1/2 sudu oyster source 
  • 1/2 kuib pati ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa

CARA-CARA .::

  1. Gaulkan dada ayam yg dipotong kecil tadi bersama kunyit dan sedikit garam.
  2. Gorengkan dada ayam tadi kemudian toskan dan ketepikan.
  3. Ambil sedikit minyak yg digunakan untuk menggoreng ayam td kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.
  4. Letakkan sedikit air dan masukkan sos tiram dan cili padi.
  5. Masukkan sayuran. Pastikan masukkan sayuran yg keras terlebih dahulu.
  6. Masukkan garam, kuib ayam dan perasa. Kacau ratakan sehingga sayuran sedikit lembut.
  7. Masukkan ayam dan masakkan seketika.
  8. Kacaukan hingga sebati.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

~ SELAMAT MENCUBA ~


Ikan Kembung Masak Asam Pedas


















BAHAN-BAHAN .::

- 1 ekor ikan kembung bersaiz besar (dipotong 2 atau 3)
- 6 tangkai cili kering (dipotong dan direndam terlebih dahalu kemudian dikisar)
- 2 biji bawang merah (dikisar)
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
- 1/2 cawan air asam jawa
- 6 batang sayur bendi
- Sedikit daun kesum
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit perasa

CARA-CARA .::


  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yg telah dicincang halus sehingga naikbau.
  2. Masukkan cili dan bawang merah yg telah dikisar. Kacaukan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan kacau ratakan kemudian masukkan air asam jawa.
  4. Biarkan mendidih kemudian masukkan garam, gula, perase, bendi dan daun kesum.
  5. Masakan seketika.
  6. Sedia dihidangkan.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Wednesday, November 16, 2011

Ligth Cheese Cake

haaaa...
resepi ni aku amik TOTALLY dari blog MASAM MANIS..
LIGHT CHEESE CAKE..

Gambar kek dlm blog MASAM MANIS mmg AWESOME...
tp yg aku ngn kak wati wat ni hasilnye tak de la menarik sangat..
tp RASE nye mmg SUPERB....



   

BAHAN-BAHAN .::

125g cream cheese
300 ml susu segar
80 g mentega atau marjerin
80 g tepung gandum
80 gram gula halus
3 biji telur saiz A
beberapa titik esen vanila


CARA-CARA .::

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.



2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)



3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan


4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..



5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek

6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)



8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.




~ SELAMAT MENCUBA ~

Ayam Sambal Madu



















BAHAN-BAHAN .::

- 8 ketul ayam dipotong kecil

Bahan-Bahan Marinate :-
- 1 sudu rempah kari
- 1/2 sudu serbuk kunyit
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 inci halia (ditumbuk)
- Sedikit garam
- Sedikit perisa (Meggi Cukup Rasa)


Bahan-Bahan  Sos :-
- 2 sudu cili kering yg dikisar
- 1 biji bawang beasr yg dikisar
- 3 sudu madu
- 1/2 gula merah
- 1/2 gula
- 2 sudu tomato puri (boleh juga gunakan sos tomato)
- Garam
- 1/2 kuib pati ayam
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- Sedikit serbuk Meggi Cukup Rasa


CARA-CARA .::


  1. Gaulkan ayam bersama bahan marinate dan perapkan selama 1 - 2 jam.
  2. Gorengkan ayam marinate tadi separuh garing kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan cili keing dan bawang besar yg telah dikisar sehingga pecah minyak.
  4.  Masukkan gula merah, gula, madu, tomato puri dan sedikit air. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan hirisan bawang besar yg dipotong bulat.
  5. Masukkan ayam yg telah digorng tadi. Kacaukan sehingga sos menjadi pekat dan sebati bersama ayam.
  6. Kacaukan dan masak lebih kurang 3 - 5 minit.
  7. Sedia dihidangkan.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Ayam Masak Oyster Source..

BAHAN-BAHAN .::

- 8 ketul ayam

Bahan Marinate :-
- 10 biji lada hitam (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 3 sudu tepung gandum

Bahan  Sos :-
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap pekat
- 2 sudu serbuk cili
- 5 tangkai cili kering (dipotong panjang dan rendam dalam air untuk melembutkannya)
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 1 sudu serbuk black paper
- Garam
- Gula
- Serbuk cukup rasa


CARA-CARA .::

  1. Marinate ayam bersama lada hitam yg ditumbuk, tepung gandum dan bawang putih yg dicincang halus. Biarkan dalam 1 - 2 jam.
  2. Gorengkan ayam tadi, tetapi jangan terlalu garing.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih bersama bawang besar.
  5. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan serbuk cili. Kemudian masukkan sedikit air.
  6. Masukkan serbuk black paper dan cili kering. Gaulkan sehingga pekat.
  7.  Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  8. Gaulkan sebati dan masukkan ayam yg telah digorng tadi.
  9. Kacaukan dan masakkan seketika sehingga ayam dan sos sebati.

~ SELAMAT MENCUBA ~