Blogger Layouts

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Pages

Wednesday, August 24, 2011

Resepi Oreo Cream Cheese Cake


















CREAM CHEESE CAKE ni mmg FAMOUS.. rase dy betul-betul MARVELOUS..
cara nk wat dy pn senang sebab TAK PERLU DIBAKAR...just SEJUKKAN dalam peti ais je..

Bahan- Bahan Yang Diperlukan ;-



















  • 2 buku Cream Cheese
  • 2 peket Oreo Original
  • 1/2 cawan Gula Caster
  • 1 cawan Yogurt Buah-Buahan
  • Buah Peach (dibuangkan airnya)       }
  • Nata De Coco (dibuangkan airnya)   } (guna Mix Fruits pun boleh)
  • 1 sudu Gelatin ( gunakan Agar-Agar pun boleh)
  • Sedikit Marjerin


Cara-Cara ;-

  • Tumbuk 1 peket Oreo sehingga hancur.
  • Cairkan marjerin menggunakkan double boiler dan tuangkan ke dalam oreo yg telah ditumbuk tadi. Kemudian kacau sebati.
  • Mampatkan oreo yg telah digaul bersama marjerin ke dalam bekas.
  • Masukkan Cream Cheese ke dalam bekas dan pukulkan sehingga kembang menggunakan mixer (speed perlahan)
  • Masukkan yogurt dan gula caster. Pukulkan sehingga sebati.
  • Larutkan gelatin dalam sedikit air panas dan tuangkan ke adunan. Kacaukan sebati.


  • Masukkan hirisan peach dan nata de coco ke dalam adunan. Gaul menggunakan senduk sehingga sebati.



  • Tuangkan adunan di atas oreo yg telah dimampatkan.
  • Ratakan tuangan adunan.
  • Susun kepingan oreo (dibuang inti tengahnya) di atas kek.
  • Sejukkan kek di dalam peti ais selama lebih kurang 3 jam.
  • Akhir sekali, ia sedia dimakan.


Cara lain untuk menghasilkan Cream Cheese Cake kalau tidak mahu campurkan campuran buah-buahan ke dalam adunan kek :-

  • Tumbuk 1 peket Oreo sehingga hancur.
  • Cairkan marjerin menggunakkan double boiler dan tuangkan ke dalam oreo yg telah ditumbuk tadi. Kemudian kacau sebati.
  • Mampatkan oreo yg telah digaul bersama marjerin ke dalam bekas.
  • Masukkan Cream Cheese ke dalam bekas dan pukulkan sehingga kembang menggunakan mixer (speed perlahan)
  • Masukkan yogurt dan gula caster. Pukulkan sehingga sebati.
  • Larutkan gelatin dalam sedikit air panas dan tuangkan ke adunan. Kacaukan sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • Tuangkan 1 bahagian adunan di atas oreo yg telah dimampatkan dan jadikan sebagai layer.
  • Susunkan hirisan buah peach (buah segar seperti strawberi, mangga dan anggur).
  • Tuangkan adunan ke 2 diatas lapisan buah-buahan. Kemudian ratakan.
  • Susun kepingan oreo (dibuang inti tengahnya) di atas kek.
  • Sejukkan kek di dalam peti ais selama lebih kurang 3 jam.
  • Akhir sekali, ia sedia dimakan.

SELAMAT MENCUBA.... ^^, 



= jannah_juliet =


No comments:

Post a Comment