Blogger Layouts

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Pages

Tuesday, August 9, 2011

Resepi Makaroni Goreng Special


















my handmade MAKARONI GORENG SPECIAL


Bahan-bahan yg diperlukan :-

  • 2 cawan Makaroni (nak guna jenis2 pasta lain pn boleh mcm Snail or Elbow pasta)
  • 1/2 peket daging cincang (boleh digantikan dgn dada ayam atau sosej -dipotong kecil)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (nak sedap guna bawang Holland)
  • 1 biji tomato besar (dibuang biji dan dipotong dadu)
  • 1/2 batang Carrot (dipotong dadu kecil-kecil)
  • 1/2 biji bell paper (dipotong dadu kecil-kecil)
  • 1/2 sudu besar serbuk black paper (tumbuk lebih kurang 10 biji black paper)
  • 1 setengah sudu serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air rebusan makaroni
  • 1 sudu besar Meggi Cukup Rasa
  • garam (secukup rasa)
  • gula (secukup rasa)
  • minyak (untuk menumis)
  • daun sup (dihiris)


















antara bahan-bahan untuk membuat MAKARONI GORENG SPECIAL


Cara-cara untuk membuat Makaroni Goreng Special :-

  • rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian toskan. (ambil sedikit air rebusan makaroni tadi).

















  • goreng telur dan jadikan sebagai telur hancur. apabila masak, angkat dan ketepikan.
  • panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bawang putih (hingga naik bau) dan bawang besar.
  • gaulkan tumisan bawang tadi beberapa minit kemudian masukkan daging cincang. kacau sehingga daging masak.

















  • masukkan serbuk black paper, serbuk cili dan sos cili. kacau sehingga sebati.
  • letakkan air rebusan makaroni dan gaulkan seketika.
  • masukkan carrot, bell paper dan tomato yang telah dipotong tadi.
  • gaulkan sehingga sebati dan masukkan garam, gula dan serbuk Meggi Cukup Rasa.
  • masukkan telur hancur yang telah digoreng tadi dan kacaukan sehingga sebati.
  • masukkn makaroni yang telah ditoskan tadi dan kacaukan semua hingga sebati.
  • gaulkan dalam beberapa minit.

















  • makaroni goreng special siap untuk dihidangkan.
  • untuk hiasan supaya lebih menarik, taburkan daun sup yang telah dihiris di atas makaroni yang dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA... ^^,

= jannah_juliet =

No comments:

Post a Comment