Blogger Layouts

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Muhammad Firdaus Ibrahim & Nurul Jannah Mohammad

Pages

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432H

ASSALAMUALAIKUM...



Ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada seluruh umat Islam..
Esok hari merupakan 1 RAMADHAN 1432H ( 1 OGOS 2011)..kita semua akan mulai berpuasa selama sebulan..
Bagi mereka2 yg tiada keuzuran dan berkemampuan untuk menjalani ibadah berpuasa.. Laksanakan lah ia dgn sempurna..
Mlm ni dah start pn SOLAT TARAWIH..bagi sesiapa yg berpeluang serta berkesaempatan untuk melaksanakannya..pergilah ke masjid or surau untuk solat berjemaah menunaikannya..paling tidak pun marilah kita solat Tarawih kt rumah je..

JANGAN LUPA NIAT PUASA










Sebenarnya dalam bulan Ramadhan yg penuh kemuliaan ni..kita bukan sahaja diwajibkan berpuasa tetapi kita juga diwajibkan untuk MEMBAYAR ZAKAT FITRAH...tempoh untuk membayar zakat ini adalah sepanjang bulan Ramadhan..




Di sepanjang bulan Ramadhan ini..kita hendahlah sentiasa MEMATUHI ADAB-ADAB BERPUASA..menjauhkan diri daripada melakukan perkara2 yg mencacatkan atau membatalkan puasa kite..kalau tak..sia2 je lah kita berpuasa kan..

Mari kita sama2 mengetaui apakah adab2 ketika berpuasa dan moga2 kita dapat melaksanakannya dgn sempurna.. InsyaALLAH..



ADAB KETIKA BERPUASA (**click here**)


Dalam bulan Ramadhan ini sebenarnya terdapat banyak FADHILAT & KELEBIHAN yg ALLAH janjikan untuk kita.. 
Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil syafaat daripada segala kelebihan2 yg ada pada bulan mulia ini..



Antara fadhilat & Kelebihan Ramadhan ialah >>

  • Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
  •  Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
  • Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu.
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah pada hari qiamat
  • Bagi orang berpuasa mendapat dua kegembiraan yang mana apabila berbuka dan waktu berbukanya




ANTARA KELEBIHAN SOLAT TARAWIH DI BULAN RAMADAHAN



Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra.
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:


Malam ke 1 Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


Malam ke 2 Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.


Malam ke 3 Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam ke 5  Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Malam ke 6 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Malam ke 7 Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


Malam ke 8 Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Malam ke 9 Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.


Malam ke 10 Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.


Malam ke 11 la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam ke 12 la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Malam ke 13 la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Malam ke 14 Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Malam ke 15 Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam ke 16 Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam ke 17 Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam ke 18 Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Malam ke 19 Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.


Malam ke 20 Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


Malam ke 21  Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Malam ke 22 la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Malam ke 23  Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Malam ke 24 Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 25 Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Malam ke 26 Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam ke 27 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Malam ke 28 Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Malam ke 29 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ke 30 Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.




AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

  • Berpuasa
  • Qiyamu Ramadhan iaitu Solat Tarawih
  • Bersedekah
  • Bersungguh-sungguh dalam membaca Al-Quran, mempelajari tafsirnya dan memahaminya
  • Tetap duduk di masjid setelah solat subuh berjemaah sampai terbit matahari
  • I’tikaf
  • Mencari Lailatul Qadar
  • Memperbanyak zikir, doa dan istighfar


Semoga dgn sedikit info yg dikongsikan ini kita dapat lah sama2 menjalani ibadah berpuasa dengan sempurna dan lebih bermakna..
InsyaALLAH..




= jannah_juliet =

Saturday, July 30, 2011

Coklat Dapat Mengurangkan Tekanan

Akhir2 ni aku slalu je MOODY2..tak tau la nape..moody tanpe sebab..
hehe biase la angin perempuan kn..hehe tp aku ni mmg kuat berANGIN pn..
cian sape2 yg slalu jd mangse angin aku ni kn...
huuu especially MY SAYANG..cian dy slalu kne marah ngn aku..
huuu slalu jd MANGSA tempias moody aku...
IM SO SORRY MY DEAR..
tak sengaje pn nk wat cm tu...
IM SORRY..IM SORRY...IM SORRY.. (^^,)



Tgh2 moody2..tension2 ni..aku g la cari artikel macam mane nak MENGURANGKAN TEKANAN..
Lastly aku terJUMPA la artikel yg menyatakn bahawa COKLAT DAPAT MENGURANGKAN TEKANAN..

Menurut artikel tu >>


Kajian ke atas hampir 20,000 responden selama sekurang-kurangnya 10 tahun menunjukkan pengambilan sedikit coklat setiap hari mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak hampir 40 peratus.

Mereka yang memakan purata enam gram coklat setiap hari atau bersamaan satu perempat daripada sekeping coklat, adalah 39 peratus lebih rendah terkena serangan jantung atau strok.

Sebelum ini banyak penyelidikan menyarankan pengambilan sedikit coklat hitam setiap hari baik untuk kesihatan, namun ini adalah kajian terawal mengenainya. Pakar berpendapat flanovol di dalam coklat memberi faedah kepada tubuh kerana ia mengembangkan saraf, sekali gus menurunkan tekanan darah. - European Heart Journal.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/04/coklat-kurangkan-tekanan-darah.html#ixzz1Tao3CHgk

Dan lgi satu artikel >> 

RAMAI wanita mengimpikan pemberian coklat dan bunga ketika menyambut hari lahir terutama daripada teman istimewa. Betapa besar kuasa coklat kerana ia mampu melambangkan kasih sayang dan cinta. Malah, kajian di Eropah juga membuktikan coklat adalah terapi paling berkesan untuk mengurangkan masalah dan tekanan.
Hakikatnya, terdapat tiga jenis coklat boleh diperoleh di pasaran iaitu susu, kosong atau pahit dan putih. Setiap coklat mempunyai khasiat berlainan dan berikut adalah beberapa jenis coklat dan khasiatnya kepada tubuh individu.


Coklat susu


  • Coklat susu mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik


  • Mengandungi tenaga, protein, kalsium dan vitamin A dan B yang lebih tinggi


  • Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya disumbangkan oleh susu iaitu salah satu bahan utama dalam ramuan coklat susu.


  • Coklat putih

  • Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan tenaga sebanyak 18 peratus, protein (11 peratus), zat besi (8 peratus), kalsium (47 peratus) dan Vitamin A (11 peratus) yang diperlukan badan dalam tempoh sehari.


  • Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi.

  • Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18 peratus tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

  • Di samping itu, coklat putih juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

  • Bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.


  • Coklat kosong


  • Mengandungi lemak dan zat besi yang tinggi.

  • Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23 peratus zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia.

  • Bagaimanapun kandungan zat dalam coklat kosong lebih rendah daripada jenis coklat yang lain kerana ia tidak mengandungi campuran susuPenting bagi individu membezakan coklat tulen dan coklat kompaun yang ada dalam pasaran. Definisi coklat mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 menjelaskan coklat tulen adalah coklat yang mengandungi tidak lebih daripada lima peratus lemak sayuran selain daripada lemak koko.
    Sementara coklat bagi tujuan salutan pembuatan biskut atau produk lain mesti mengandungi tidak kurang daripada 12 peratus likur koko.
    Oleh itu, coklat yang tidak menepati takrifan yang disebutkan dalam akta berkenaan ialah coklat kompaun atau coklat gantian yang tidak mempunyai nilai pemakanan yang setara dengan coklat tulen.
    Individu boleh mengenal pasti perbezaan antara coklat kompaun atau gantian melalui bahan yang dilabelkan dalam pembungkusan coklat berkenaan.
    Coklat tulen menggunakan lemak koko dan likur koko. Sementara coklat kompaun atau gantian menggunakan lemak gantian yang lain seperti minyak isirung kelapa sawit.




  • Info >> http://intim.wordpress.com/2007/07/08/coklat-terapi-berkesan-kurangkan-tekanan/

    hehe..pas bce artikel2 ni aku g la cari coklat kt dlm peti ais kt dapo tu..
    and then aku terjumpe la dgn 4 BIJI COKLAT ni..


    hehe..ni la coklat yg aku jmpe dlm peti ais kt dapo tu..


    Memang betul la coklat dapat mengurangkan tekanan..da la sedap..manis..lemak berkrim..
    nyam..nyam..nyam..
    aku pn sebenarnya ANTU COKLAT GAK..hehe

    My Babies

    Aku ni amat2 lah suke ngn benda2 yg comel2 tau..
    Especially TEDDY..
    hehe aku ade 2 TEDDY..
    my BABY MICKEY and MY BABY TIGER..
    hehe comel sgt2 tau..
    dua2 teddy yg comel2 tu MY BELOVED CHARMING yg belikan tau..
    yg baby mickey tu dapat hadiah mase FIRST ANNIVERSARY..
    then yg baby tiger tu lak dpt mase BIRTHDAY AKU YG KE-20 ari tu..
    hehe cute & sweet sgt2 tau..
    THANK YOU SO MUCH MY DEAR MUHAMMAD FIRDAUS B. IBRAHIM...
    for the cutest teddies that u give to me as the present..
    I LOVE THAT SO MUCH...
    and I LOVE YOU SO MUCH TOO.. mmmuaaahh..


    My Baby Tiger & Baby Mickey

    = jannah_juliet =

    A Little About Me

    Assalamuaikum....

    Hye..
    Nama aku NURUL JANNAH BT MOHAMMAD..
    Nama official aku YUYUL..tp ade yg panggil aku NURUL...JANNAH..hehe mane2 pn tak kisah la..
    Aku duduk kat KOTA TINGGI, JOHOR..
    Tp sekarang aku tgh study kat UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA kat BATU PAHAT, JOHOR..
    Aku amik course DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL & TEKNOLOGI..
    Hehe tahun depan aku abes la..sem dpn last sem aku..

    There are someone special in my life besides my PARENTS.. my FAMILY.. my NIECE & NEPHEW..
    That is MY BELOVED CHARMING..
    Nama dy MUHAMMAD FIRDAUS B. IBRAHIM..
    Umur sebaye ngn aku..hehe 20 TAHUN..mude lagi..
    dy blaja tempat yg same ngn aku n amik course yg same..
    Juz bezanye pade elaktif subjek kteorg je..aku PEMBUATAN.. dy AUTOMOTIF..
    Dy la BEST FRIEND aku.. LOVER aku & dy gak la PERSONAL TEACHER aku..hehe
    Kteorg bru je 2 TAHUN ccouple..
    Anniversary kteorg 13 JULAI 2009..

    Pasal diri aku lak..
    Aku suke MEMASAK..MAIN GAME..ermm pe lgi r..
    Hehe terbaru..BLOGGING la..hehe bru jinak2 nk jd blogger..
    Haaa.. lagi satu..aku tgh blaje MAIN PES..hehe bf aku yg mengaja nye..tp best pe..

    Ermmm pe lg nk crita r...ni je kotuntuk intro blog aku ni...
    hehe wait for the next story..



    yeeeaaahh..im new blogger!!!

    = jannah_juliet =